Thursday, May 14, 2009

Mengapa Pilih Guru

Mafhum hadith Nabi menyebut Jadilah kamu orang yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar atau orang yang mengasihi (program ilmu). Janganlah kamu menjadi orang yang kelima (orang yang selain daripada yang di atas)

Guru .... Kerjaya Mulia

Walaupun kerjaya guru dikatakan tidak glomour, tetapi di sisi Allah, kerjaya ini sangat mulia. Guru pertama bagi makhluk Allah di seluruh alam ini, ialah Allah itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah "........Dan Kami ajarkan kepada Adam akan nama benda-benda (di muka bumi)....." Kerja "Allama" dalam ayat di atas ialah kerja guru ... iaitu mengajar. Kerja ini juga merupakan "kerjaya" para rasul, nabi, aulia,ulama dan semua orang baik-baik. Kerjaya ini adalah suatu ibadah yang "paling besar" berbanding kerjaya lain. Buktinya seseorang tidak boleh melakukan solat yang merupakan tiang agama melainkan mesti berguru dengan seorang guru. Jika tidak ibadahnya itu tidak sah. Bahkan semua manusia menjadi manusia melalui bimbingan guru....... "Selamat Hari Guru"

Wednesday, May 13, 2009

Bengkel Pembinaan Blog

Bengkel pembinaan blog dalam praktikum untuk pensyarah IPGM KPM,anjuran JTP telah diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru daripada 11 hingga 14 Mei 2009. Seramai 16 orang peserta dan 3 orang fasilitator telah hadir dalam kursus ini. Hasil pembelajaran dalam kursus ini telah menambah 19 bloggers baru dalam dunia siber.Syabas dan tahniah!!

CIKGU .........

Orang kata jadi cikgu ni tak glomour. Ingat lagi tak dialog Nyonya Mansor kepada Sabariah ketika mempersoalkan Kasim Selamat. "Siapa Kasim Selamat, doktor? injineer?, peguam?, Majestret?...... " "Ahli muzik" "Ahli muzik? Pantang nenek moyang aku menantu ahli muzik ......" Sepatutnya selepas majestret ada satu lagi profesion "..... cikgu?", barulah cikgu jadi glamour agaknya yek !

orang utan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum kepada pengunjung blog ini. Tujuan blog ini dibina semata-mata untuk berkongsi ilmu dan pengalaman pendidikan antara kita. Marilah kita manfaatkannya. Terima kasih.